Cabaran Baru

Filed under: personal — is-gurl83 at 1:16 am on Sunday, February 8, 2009

Kekecewaan, kesepian & kerinduan sering wujud dlm diri seseorang. Manusia seringkali mengalaminya selagi ianya bernama manusia. Sahabat & keluarga adalah talian yang akan mengurangkan kekecewaan, kesepian & kerinduan di dalam diri manusia.

Sahabat, setiap manusia di dunia ini memerlukan sahabat. Sahabat yang sukar ditemui adalah yg sering disisi samada di kala susah atau senang. Tragedi berulang dimana kehilangan sahabat yang dipercayangi & disenangi, diri terasa sepi & kosong. Terasa hidup sunyi & kelam bagi mengharungi hari-hari yg mendatang. Bukan sengaja menghindarkan diri cuma sebagai manusia, naluri disisihkan amat dirasai. Terima kasih teman atas segala kenangan selama ini.

Walaupun mudah diucapkan ‘maaf’ tetapi kesan luka @ parut tetap terasa sampai bila-bila. Bukan berdendam tetapi berhati-hati supaya kenangan lalu tidak akan berulang lagi. Tidak sanggup utk kali ke-3 berulang. Kebangkitan diri memerlukan semangat & kekuatan yg sukar utk diteguhkan. Jatuh berkali-kali bisa membuatkan diri keletihan.

Aku doakan sahabat semoga mendapat apa yg dicari & berbahagia dgn diri & harapan ku agar kau menghargai mereka-mereka disisimu kerana kesakitan kehilangan seorang sahabat yg dipercayai amat sukar utk diganti walaupun telah berjuta kali mohon kemaafan diucapkan. Ingatilah setiap apa yg kita lakukan terhadap sahabat, walau sekecil mana ianya tetap berbekas dihati org yg disakiti.



1 Comment »

12

   Manjalara

July 8, 2009 @ 9:25 pm

kelukaan yg kau terima daripada sahabatmu mungkin tidak separah daripada diri yg dikhianati dari sebuah jalinan khusus.sekurang-kurangnya, kau masih beruntung kerna kau tidak terikat. kau bebas memilih sahabat di luar sana yg betul2 bergelar sahabat. Nikmati masa single mu sebaik2nya. Bangkit dari kelukaan lalu.Usah kau ratapi kepahitan semalam. hargailah dirimu itu yg terbaik.biarlah org melukakan kita. tapi jangan kita melukakan orang. jangan jadikan kenangan lalu kita dijadikan alasan untuk meraih simpati dan menagih kasih orang.Insya Allah,jika kita menghargai persahabatan pada yang BERHAK, sahabatmu akan tersedar dari kesilapannya, dan kau usah berpaling lagi.Teruskan dengan iltizamu.Jangan tunduk pada mereka yg pernah melukakanmu. Kerana sekali kau tunduk, mereka akan melukaimu kembali….justeru, sayangilah masa dan kesempatan yang ada hari ini sebaiknya sebelum kita tersepit dalam persimpangan yang berliku!!

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>