Cabaran Baru

Filed under: personal — is-gurl83 at 1:16 am on Sunday, February 8, 2009

Kekecewaan, kesepian & kerinduan sering wujud dlm diri seseorang. Manusia seringkali mengalaminya selagi ianya bernama manusia. Sahabat & keluarga adalah talian yang akan mengurangkan kekecewaan, kesepian & kerinduan di dalam diri manusia.

Sahabat, setiap manusia di dunia ini memerlukan sahabat. Sahabat yang sukar ditemui adalah yg sering disisi samada di kala susah atau senang. Tragedi berulang dimana kehilangan sahabat yang dipercayangi & disenangi, diri terasa sepi & kosong. Terasa hidup sunyi & kelam bagi mengharungi hari-hari yg mendatang. Bukan sengaja menghindarkan diri cuma sebagai manusia, naluri disisihkan amat dirasai. Terima kasih teman atas segala kenangan selama ini.

Walaupun mudah diucapkan ‘maaf’ tetapi kesan luka @ parut tetap terasa sampai bila-bila. Bukan berdendam tetapi berhati-hati supaya kenangan lalu tidak akan berulang lagi. Tidak sanggup utk kali ke-3 berulang. Kebangkitan diri memerlukan semangat & kekuatan yg sukar utk diteguhkan. Jatuh berkali-kali bisa membuatkan diri keletihan.

Aku doakan sahabat semoga mendapat apa yg dicari & berbahagia dgn diri & harapan ku agar kau menghargai mereka-mereka disisimu kerana kesakitan kehilangan seorang sahabat yg dipercayai amat sukar utk diganti walaupun telah berjuta kali mohon kemaafan diucapkan. Ingatilah setiap apa yg kita lakukan terhadap sahabat, walau sekecil mana ianya tetap berbekas dihati org yg disakiti.

year 2008..

Filed under: personal — is-gurl83 at 1:03 am on Sunday, February 8, 2009

Selamat tinggal 2008, a lots of memories..sama ada suka atau duka tapi sesungguhnya pada tahun 2008 banyak benda baru yg dipelajari. Sometimes terfikir gak, sesungguhnya setiap tahun berlainan corak kehidupan yang berlaku atau terjadi, semuanya di atas ketentuan yg Maha Esa.

Bagi aku tahun 2008 banyak kenangan yg duka terjadi, namun dlm masa yg sama kenangan manis tetap ada. Sesungguhnya manusia seringkali terleka apabila berada di alam keseronokan, apabila terjatuh baru kita akan tersedar segala perbuatan yang telah kita lakukan. Kepahitan yang dirasai sesungguhnya mengajar aku supaya lebih cekal & kuatkan semangat dlm menghadapi masa-masa yg akan datang. Betul kata rakanku, pengalaman yang mengajar diri kita menjadi dewasa tetapi pengalaman juga akan menyebabkan kita takut sekiranya ia berulang kembali.

Kekuatan diri manusia sesungguhnya senipis kulit bawang yang mana bisa diceroboh pada bila-bila masa & akal la yg menjadikan tunggak manusia supaya dapat berfikir & melakukan perbuatan yang betul supaya kesilapan tidak berulang. Kenangan bersama rakan-rakan, mengenal erti persahabatan yg sebenarnya. Sekiranya mengenal diri ini, akan mengerti persahabatan yang terjalin.