Cabaran Baru
Kekecewaan, kesepian & kerinduan sering wujud dlm diri seseorang. Manusia seringkali mengalaminya selagi ianya bernama manusia. Sahabat & keluarga adalah talian yang akan mengurangkan kekecewaan, kesepian & kerinduan di dalam diri manusia.
Sahabat, setiap manusia di dunia ini memerlukan sahabat. Sahabat yang sukar ditemui adalah yg sering disisi samada di kala susah atau senang. Tragedi berulang dimana kehilangan sahabat yang dipercayangi & disenangi, diri terasa sepi & kosong. Terasa hidup sunyi & kelam bagi mengharungi hari-hari yg mendatang. Bukan sengaja menghindarkan diri cuma sebagai manusia, naluri disisihkan amat dirasai. Terima kasih teman atas segala kenangan selama ini.
Walaupun mudah diucapkan ‘maaf’ tetapi kesan luka @ parut tetap terasa sampai bila-bila. Bukan berdendam tetapi berhati-hati supaya kenangan lalu tidak akan berulang lagi. Tidak sanggup utk kali ke-3 berulang. Kebangkitan diri memerlukan semangat & kekuatan yg sukar utk diteguhkan. Jatuh berkali-kali bisa membuatkan diri keletihan.
Aku doakan sahabat semoga mendapat apa yg dicari & berbahagia dgn diri & harapan ku agar kau menghargai mereka-mereka disisimu kerana kesakitan kehilangan seorang sahabat yg dipercayai amat sukar utk diganti walaupun telah berjuta kali mohon kemaafan diucapkan. Ingatilah setiap apa yg kita lakukan terhadap sahabat, walau sekecil mana ianya tetap berbekas dihati org yg disakiti.